Loading...
Servis2016-11-21T17:04:55+00:00

Servis Pembangunan Laman Web & Aplikasi.

Servis pembangunan laman web dan aplikasi kami adalah yang terbaik dan professional. Kami menyediakan servis pembangunan laman web, aplikasi dan grafik mengikut permintaan dan matlamat pelanggan.

Jika anda tidak mempunyai idea untuk konsep laman web atau apps anda, kami juga boleh membinanya mengikut kreativiti kami berdasarkan niche perniagaan anda.

thumbnail servis pembangunan laman web dan aplikasi

Pembangunan Laman Web Korporat.

Kami menyediakan servis pembangunan laman web korporat. Laman web korporat lebih tertumpu kepada maklumat tentang perniagaan, servis atau perkhidmatan, profil perniagaan, visi dan sebagainya.

Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin menjadikan Internet sebagai salah satu medium pemasaran perniagaan anda, maka pembangunan laman web korporat amat sesuai dengan situasi anda.

Pembangunan Laman Web Edagang.

Kami turut menyediakan perkhidmatan pembangunan laman web edagang. Laman web edagang ini lebih tertumpu kepada sistem perniagaan secara Internet, shopping cart, pembayaran kad kredit, dan sebagainya.

Jika anda ingin menjadi saudagar edagang, maka pakej pembangunan laman web edagang ini amat padan dengan kehendak anda.

Pembangunan Laman Web Membership.

Membership site atau laman ahli adalah salah satu daripada jenis pembangunan laman web yang disediakan. Membership site ini sesuai untuk anda yang ingin menjana pendapatan secara langganan, keahlian kelab, keahlian VIP dan sebagainya.

Jika bisnes anda inginkan sistem penyelenggaraan klien, notis atau autoresponder, database ahli, dan yang berkaitan dengannya, maka pakej ini menepati tujuan dan kehendak anda.

Pembangunan Laman Web Elearning / LMS.

Elearning atau Learning Management System merupakan sistem pembelajaran atas talian. Sistem ini amat sesuai jika anda ingin mengurus, menyelenggara, dan memulakan perniagaan ini. Sebagaimana pemilik laman web elearning yang sedia ada, perniagaan sebegini mampu memberikan keuntungan yang agak lumayan kepada pemiliknya.

Lakukan tempahan anda bersama kami hari ini.

Pembinaan Laman Web Komuniti.

Laman web komuniti seperti forum, sistem chat, sistem point dan sebagainya adalah antara ciri-ciri dalam pembinaan laman web ini.

Sistem web komuniti ini amat sesuai untuk anda mengurus dan menyelia keahlian anda. Ia merupakan alternatif terbaik kepada sosial media untuk anda berhubung dan berkomunikasi bersama pelanggan anda.

Pembinaan Laman Landing Page.

Landing page merupakan laman yang bertindak sebagai laman pemasaran anda. Tidak seperti laman web biasa, landing page hanya memaparkan satu-satu produk, servis atau item. Ia memudahkan pelawat mengetahui tentang item tersebut.

Jika anda mempunyai produk, servis atau item yang ingin dihebahkan ke Internet, maka pembinaan laman landing page ini amat sesuai untuk anda.

Pembangunan Apps.

Kami turut menyediakan khidmat pembangunan apps. Pembangunan apps kami lebih menjurus kepada konsep apps untuk pemasaran. Di mana, kami menyediakan 4 sistem pemasaran di dalam apps anda. Sistem tersebut adalah push notification, geofences, loyalty programme, dan coupon code.

Jika anda ingin menembusi pasaran 87% pengguna Internet hari ini, maka mempunyai apps perniagaan anda adalah jawapannya. Ini kerana menjelang 2016, lebih 87% pengguna Internet datang dari pengguna mobile atau telefon pintar.

Pembangunan Produk Digital.

Kami menyediakan khidmat pembangunan produk digital untuk anda. Produk digital yang disediakan seperti ebuku, video interaktif, pembelajaran interaktif, presentasi multimedia, dan sebagainya.

Jika anda mempunyai produk yang ingin didigitalkan, maka kami bersedia memberikan khidmat kepada anda. Malahan, kami turut memberikan idea untuk memaksimumkan potensi produk digital anda.

Videografi.

Kami juga menyediakan khidmat videografi. Khidmat videografi ini termasuk video presentatsi secara over the sholuder, talking head, typography, video korporat dsbgnya.

Kami turut menyediakan khidmat video untuk pemasaran Internet, pemasaran produk dan servis, online video tutorial dan sebagainya.

Fotografi.

Jika anda mempunyai hasrat untuk mengabadikan perniagaan, produk dan servis anda secara foto, maka kami adalah perunding yang sesuai. Khidmat fotografi ini akan dikendalikan secara professional untuk anda.

Sesi fotografi yang disediakan termasuklah sesi fotografi produk, sesi fotografi studio, sesi fotografi outdoor dan sebagainya.

Projek Pembangunan Laman Web & Aplikasi Terdahulu.

Kami percaya dan mengamalkan konsep kerja professional setiap masa. Sebagai pelanggan kami, anda akan mendapat maklumat, pandangan dan idea terkini daripada kami dari semasa ke semasa secara professional.

Setiap projek yang kami kendalikan akan memastikan hasil produk adalah berkualiti. Bagi memastikannya tercapai, kami akan sentiasa memperkemaskan kemahiran kami dari semasa ke seamsa selaras dengan permintaan dan perubahan teknologi maklumat.

Kami mengutamakan budaya kerja pantas. Ini kerana kami percaya sebagai pelanggan kami, anda juga mempunyai jangka masa untuk sesuatu projek anda. Jadi bagi memastikan anda mencapai target anda, kami akan menyempurnakan sesuatu projek anda dengan pantas dan cepat.

A website without SEO is like a car with no gas.

Paul Cookson

The user experience design of a product essentially lies between the intentions of the product and the characteristics of your user.

David Kadavy

We don’t just build websites, we build websites that SELLS.

Md Raffae Saleh

WhatsApp kami untuk mendapatkan khidmat pembangunan laman web atau aplikasi anda ataupun seminar dan latihan.