Jenis Video Tutorial

Jenis produksi video tutorial yang ditawarkan pihak kami.

Kami menyediakan beberapa konsep produksi video tutorial untuk dimuatkan dalam kelas online. Pembahagian konsep produksi video tutorial ini akan memudahkan anda mengetahui jenis projek video yang anda ingini.

Video di Set Lokasi

Set Lokasi

Video Tutorial Latar Hijau

Latar Hijau

Latar Putih

PRODUKSI VIDEO
TUTORIAL

Produksi Video Tutorial E Skills menawarkan khidmat juruvideo profesional untuk rakaman video tutorial kursus online anda samada untuk platform seperti Udemy, Skillshare, Akademi2u dan MyMasterChef, mahupun platform online yang dibina anda sendiri.

Kami bukan sahaja berpengalaman merakam video untuk tutorial kelas online, malah kami juga merupakan penyedia platform pembelajaran online. Jadi, kami amat arif tentang kehendak, konsep serta spesifikasi yang diingini dalam setiap video tutorial online.

Jika anda mempunyai sebarang kemahiran dan pengalaman, maka inilah masanya untuk anda berkongsi ilmu sambil menjana pendapatan sampingan.

Cara Berurusan

Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan video instruksi kami.

MOHON QUOTATION

Bersama Kami

1. Pilih jenis produksi presentasi yang anda inginkan.

2. Masukkan butiran yang diingini di dalam borang quotation yang disediakan.

PERBINCANGAN LANJUT

Dengan Kami

1. Perbincangan diteruskan melalui WhatsApp.

2. Kesepakatan berkenaan konsep video, bajet dan lokasi dimeterai.

SESI PENGAMBARAN

Dilakukan Kami

Sesi pengambaran bermula seperti yang dipersetujui.

PENGHANTARAN

Video

1. Setelah video anda selesai, anda akan menerima e-mel dan whatsapp.

2. Anda boleh Log masuk ke akaun anda untuk menyemak dan memuat turun video anda.

VIDEO TUTORIAL
DI SET LOKASI

Khidmat Produksi VideoTutorial di Set Lokasi.

Produksi rakaman video tutorial di set lokasi merupakan konsep tutorial yang paling banyak digunakan. Konsep video sebegini dapat mewujudkan suasana yang santai kepada penonton. Malah, ia dapat menggambarkan juga tentang premis dan lokasi perniagaan anda.

Krew produksi kami akan melakukan sedikit penambahan di set lokasi seperti menyusun atur gubahan & dekorasi dalaman, prop yang menarik serta susun atur set untuk menampakkan rakaman video lebih cinematic seperti filem. Ia akan disesuaikan dengan tema topik pembelajaran yang bakal anda sampaikan.

Perlu diingatkan bahawa hasil video tutorial yang jelas, suntingan cinematic, serta audio berkualiti merupakan tarikan untuk melariskan video tutorial kursus online anda.

VIDEO TUTORIAL
LATAR HIJAU

Khidmat Produksi Video Tutorial Latar Hijau.

Latar hijau atau green screen merupakan konsep video tutorial yang turut boleh digunakan. Namun, tidak seperti konsep video tutorial di set lokasi, video tirai hijau ini akan dibuat di studio kami.

Video tutorial latar hijau ini perlu menggunakan lampu yang agak banyak bagi mendapatkan kesan green screen yang baik untuk dilakukan proses chromakey semasa suntingan.

Walau bagaimanapun, konsep video tutorial latar hijau ini lebih sesuai jika bidang anda lebih kepada softskills yang memerlukan tulisan, tips atau formula di letakkan di dalam video.

VIDEO TUTORIAL
LATAR PUTIH

Khidmat Produksi Video Tutorial Latar Putih.

Konsep video tutorial latar putih pula merupakan konsep tutorial yang selalu digunakan jika anda memerlukan papan putih atau whiteboard untuk menulis ketika mengajar.

Konsep video tutorial sebegini lebih sesuai untuk bidang pembelajaran institusi atau sekolah yang mirip kepada situasi guru di dalam kelas.

Namun, sama seperti konsep video tutorial tirai hijau, konsep video tutorial latar putih ini memerlukan penggunaan cahaya yang banyak dan berkualiti untuk mendapatkan hasil video yang cantik tanpa kesan reflektif daripada papan putih.

Soalan Lazim (FAQ)

Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang di bahagian atas setiap halaman.

Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.

Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta bukan eksklusif! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!

Ya, semua video akan dihantar dalam format FULL HD iaitu 1080p.

Kesemua video yang sudah siap disunting akan diberikan kepada anda dalam format .mp4

Sekiranya anda memerlukan produk kembali, anda mesti memilih pilihan yang sesuai semasa pembayaran dan menyertakan label penghantaran balik produk semasa penghantaran kepada kami.

You've just added this product to the cart: